Requirements
Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:
- Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.
- Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
- Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
- Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
- Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
- Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari.
- Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
- Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.
SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI
Calon yang ideal memiliki:
- Kelayakan pelajaran minimum tahap SPM dan harus dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
- Warganegara Malaysia, berumur antara 21 hingga 35 tahun (36 tahun & keatas akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman kerja di industri Hygiene.
- Mempunyai lesen GDL yang sah.
- Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
- Menetap di kawasan berdekatan.
Sangat Diingini Jika Anda:
- Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
- Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
- Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
- Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Benefits
Ganjaran dan Faedah
- Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
- Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
- Insurans kemalangan, nyawa, dan kemasukan hospital.
- Faedah rawatan pesakit luar.
- Faedah rawatan mata dan gigi.
- Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
- Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
- Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).
- Pelbagai anugerah berkenaan kecemerlangan kerja, aktiviti korporat, dan inisiatif untuk kebajikan pekerja.
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!
Peluang Sama Rata
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!
Lokasi cawangan ini:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
Jalan U1/25A, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(Harap maklum, pejabat operasi cawangan ini terletak di Shah Alam, manakala kawasan servis adalah di sekitar Kuala Lumpur)
.
•
Last updated on Aug 28, 2024